Tuesday, June 30, 2009

PERUTUSAN AWAL SEMESTER PRESIDEN MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA SESI 2008/2009


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. & Salam Perpaduan,

Alhamdulillah, pertamanya marilah kita bersama-sama mengucap dan memanjatkan rasa kesyukuran kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia, izin dan makbul-Nya, kita dapat menikmati bumi ciptaan-Nya yang tidak ternilai . Bersyukur juga kita kehadrat Illahi kerana dipanjangkan umur untuk kita meneruskan perjuangan di UPM Kampus Bintulu ini.

Sudah menjadi lumrah alam, setiap yang datang akan pergi, setiap yang hidup akan mati, dan setiap yang bermula akan berakhir. Begitulah juga dengan peredaran masa. Cuti semester yang rasanya baru sahaja bermula akan berakhir tidak lama lagi.

Di kesempatan ini, saya mewakili seluruh ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sri Rajang sesi 2008/2009 mengucapkan selamat kembali ke UPM Kampus Bintulu kepada semua warga Kolej Sri Rajang bagi meneruskan penerokaan ilmu yang tiada penghujungnya.

Tidak lupa juga kepada semua pelajar baharu Universiti Putra Malaysia kampus Bintulu sebagai ahli keluarga baharu Kolej Sri Rajang, kami mengucapkan selamat datang ke kampus hijau ini dan tahniah kerana berjaya menyambung pengajian anda di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Sememangnya kedatangan anda semua ke sini amatlah dialu-alukan dan ucapan terima kasih kerana memilih Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu sebagai destinasi pendidikan anda di peringkat yang lebih tinggi. Kami berharap anda semua dapat menyesuaikan diri di sini dan memperoleh pengalaman yang sangat berguna selama anda menuntut di sini seterusnya menjadi seorang warga Malaysia yang "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang".

Kami, dari MTM Sesi 2008/2009 akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada kami, semoga kita semua dapat bekerjasama dengan lebih erat pada semester ini demi satu tujuan iaitu mencapai kejayaan bersama. Sekian, terima kasih.

Wassalam…


MOHD QAYYUM BIN AB. LATIP

PRESIDEN,

MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA SESI 2008/2009

KOLEJ SRI RAJANG, UPM KAMPUS BINTULU.


1 comments:

lanang kacak said...

semoga blok D dibuka cepat ckit.
aku da bosan dok blok org..
arghhhhhhhhhhhh