UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) ingin merujuk aduan 'Pelajar Jauh, Rembau Negeri Sembilan', dalam ruangan ini pada 13 Jun, bertajuk 'Kampus UPM Bintulu serba kekurangan'.
UPM ingin membuat kenyataan bahawa UPM Kampus Bintulu (UPMKB) tidak pernah dianaktirikan, malah diberi tumpuan sewajarnya seperti dalam pembangunan fizikal bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
UPMKB yang mula beroperasi pada Oktober 2001 ialah antara fakulti yang mendapat peruntukan lebih tinggi berbanding fakulti lain di kampus induk bagi menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelajar termasuk perpustakaan yang mempunyai koleksi buku dan rujukan dalam pelbagai bidang, makmal pengajaran dan kemudahan latihan pelajar yang berkaitan.
Menyentuh mengenai koperasi dan mesin ATM, UPMKB tidak pernah menafikan kepentingan kemudahan itu, malah akan melengkapkan kemudahan itu pada sesi akademik 2008/2009 apabila Bangunan Pusat Pelajar UPMKB siap dibaik pulih.
Program pembangunan sahsiah pelajar juga dipertingkatkan dan UPMKB sentiasa menguatkuasakan peraturan pelajar supaya kampus ini melahirkan pelajar yang memiliki ketrampilan, sahsiah dan jati diri cemerlang.
Untuk makluman, Majlis Perwakilan Pelajar yang dipilih oleh UPMKB terdiri daripada mereka yang cemerlang dalam pengajian (syarat minimum CGPA 3) dan cemerlang aktiviti kokurikulum. Semua aktiviti dianjur UPMKB adalah terancang dan mengikut objektif ditetapkan tanpa mengganggu pembelajaran pelajar.
Justeru, UPM meminta supaya pengadu terus mendapatkan maklumat tepat daripada pentadbiran UPMKB dan sentiasa menyokong usaha kampus berkenaan menjadi sebuah kampus cawangan unik, berdaya saing dan cemerlang.
UPMKB adalah destinasi pendidikan yang memiliki keaslian dan keunikan budaya tersendiri, bersesuaian dengan martabat kebenaran dan ketinggian ilmu yang dijunjung.
ABDULLAH ARSHAD,
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat,
Universiti Putra Malaysia,
Serdang, Selangor.
Wednesday, June 25, 2008
UPM tidak pernah abai kemudahan kampus Bintulu
Posted by
MTM UPMKB
at
Wednesday, June 25, 2008
Labels: info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search
Categories
- aduan (1)
- Aktiviti (16)
- biro (6)
- info (27)
- ksr (1)
- miscellaneous (1)
- mt (6)
- MTM (1)
- organisasi (2)
- pic from me (1)
- words from me (6)
DAFTAR PELAWAT
Provided by the website design company online directory. |
MEMO
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI
MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA
KOLEJ SRI RAJANG
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU
SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI
MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA
KOLEJ SRI RAJANG
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU
mtmksr@gmail.com
RENUNGAN
"TiaDa iNSaN SuCi YaNg TiDaK MeMPuNyAi MaSa LaMPau DaN TiaDa
"BeRSYuKuRLaH DeNGaN aPa YaNg KiTa MiLiKi KeRaNa KiTa HiDuP BuKaN Di DalaM SYuRGa"
CARTA ORGANISASI
PAUTAN DALAMAN
- Biro Pembangunan Insan, MTM
- Universiti Putra Malaysia
- UPM Kampus Bintulu
- Bahagian Akademik
- Bahagian Antarabangsa
- Bahagian Penyelidikan & Inovasi
- Bahagian Hal Ehwal Pelajar
- Majlis Perwakilan Pelajar UPM
- Majlis Perwakilan Pelajar UPMKB
- Pusat Alumni UPM
- Putra Student Portal
- Putra Learning Management System
- Putra FM
- Lagu Putra Gemilang
- Putra Student Portal
- Putra Learning Management System
- Keputusan Peperiksaan
- Senarai Program Pengajian UPM
AKHBAR MALAYSIA
PAUTAN LUARAN
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Malaya
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia
- Universiti Teknologi MARA
- Universiti Utara Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Universiti Malaysia Sarawak
- Universiti Malaysia Sabah
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Universiti Malaysia Kelantan
- Universiti Darul Iman Malaysia
- Universiti Malaysia Perlis
- Universiti Malaysia Terengganu
- Universiti Malaysia Pahang
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka
0 comments:
Post a Comment