Thursday, August 7, 2008

KEBAJIKAN ANDA MATLAMAT KAMI

Analisa Borang Kaji Selidik Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Dewan Makan 2



Biro Kebajikan telah menjalankan kaji selidik terhadap 30 orang penghuni Kolej Sri Rajang mengenai tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan Dewan Makan 2. Berikut ialah keputusan bagi kaji selidik tersebut.

1.Harga makanan tidak memadai dengan kuantiti yang di beli.
Ya 74% Tidak 26%


2. Menu yang sama pada setiap hari.
Ya 74% Tidak 26%


3. Layanan pekerja yang tidak mesra pelanggan.
Ya 30% Tidak 70%

4, Kuantiti makanan yang tidak mencukupi pada waktu tengahari dan petang.
Ya 62.9% Tidak 37.1%


5. Waktu operasi yang singkat.
Ya 70.4% Tidak 29.6%


6. Senarai sebut harga tidak dikemaskini.
Ya 88.8% Tidak 11.2%


7. Tempahan makanan tidak disediakan.
Ya 22.2% Tidak 77.8%

8. Pekerja kurang dan tidak mampu menampung jumlah pelajar.
Ya 55.5% Tidak 44.5%

9. Kebersihan makanan kurang terjamin.
Ya 44.4% Tidak 44.4% Tidak pasti 11.2%



Berdasarkan analisa yang telah dibuat, didapati bahawa majoriti pelajar kurang berpuas hati terhadap perkhidmatan Dewan Makan 2. Pihak biro telah menerima pelbagai aduan daripada pelajar mengenai perkhidmatan Dewan Makan 2 selain daripada perkara-perkara yang telah dinyatakan di dalam borang kaji selidik berkenaan.

Faktor harga merupakan perkara yang sering diadukan oleh pelajar. Harga yang ditawarkan oleh Dewan Makan 2 adalah tidak berpatutan.

Sumber : Biro Kebajikan
                   Majlis Tertinggi Mahasiswa
                   Kolej Sri Rajang
                   2007/2008

0 comments: