Thursday, March 12, 2009

PERJUMPAAN BERSAMA PEMANGKU TD HEP, UPMKB

Bintulu, 11 Mac 2008- Memikul tanggungjawab sebagai Pemangku Timbalan Dekan Hal ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Dr. Mohd Daud Bin Awang telah mengadakan Sesi Perjumpaan Bersama Mahasiswa Universiti Putra Malaysia Kampus BIntulu yang bertempat di Kolej Kediaman 1, Kolej Sri Rajang bermula jam 8.30 malam hingga jam 10.30 malam.

Pada awal ucapan, beliau amat menekankan kepada para mahasiswa agar memberikan sepenuh tumpuan kepada akademik masing-masing memandangkan peperiksaan akhir semester menjelang tiba. Beliau juga menekankan, sebagai rakyat Malaysia , kita harus mempunyai minda kelas pertama memandangkan kita kini berada di dalam dunia yang serba moden. kita juga perlu sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan yang bakal kita lakukan. Selain itu, beliau juga menekankan kepada para mahasiswa agar sentiasa melihat realiti dunia sebenar yang amat mencabar bagi seorang pelajar pada masa kini.

seterusnya, beliau memberikan kata-kata sebagai satu peringatan dan nasihatkepada semua warga UPMKB untuk dijadikan renungan bersama. beliau menegaskan, setiap pelajar perlu menggunakan masa yang ada sebaik-baiknya kerana MASA ITU EMAS. Beliau mengambil beberapa kata orang yang berjaya dalam hidup mereka:

"Jika kamu inginkan wang yang banyak, kamu perlu mengambil risiko yang besar"

"Apabila seseorang pedagang belayar untuk berniaga, semakin jauh ia belayar,semakin banyak keuntungan yang diperolehinya"- (Ibn Khaldun, Tokoh Ilmuwan Islam)

Selain itu, beliau juga menasihatkan para mahasiswa agar sentiasa menjaga disiplin diri, menghormati antara satu sama lain, bersama-sama menjaga kebersihan kawasan UPMKB dan menjaga keselamatan diri terutamanya para mahasiswa yang menunggang motosikal.

Perjumpaan ini juga memaklumkan beberapa perancangan pembangunan infrastruktur terutamanya bagi bidang kesukanan bagi kemudahan para mahasiswa. Antara kemudahan-kemudahan yang bakal dibangunkan adalah gelanggang futsal, padang hoki dan trek balapan yang baru bagi kegunaan para mahasiswa pada masa akan datang. Manakala kemudahan baru yang sedia ada adalah alatan musik.

Akhir kata dari beliau agar para mahasiswa mengambil segala perkembangan UPMKB secara positif. Diharap agar segala perancangan yang bakal dibangunkan akan berjalan dengan lancar agar kita semua dapat menikmati kemudah yang disediakan bersama, INSYAALLAH.




0 comments: