Wednesday, September 16, 2009

2

PeRuTusaN HaRi RaYa AiDiLFiTRi 2009

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM….

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saudara-saudari Muslimin-muslimat warga Kolej Sri Rajang yang dihormati sekalian,

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang mulia. Bagi umat Islam, Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan dan kegembiraan bagi umat Islam di seluruh pelusuk dunia.

Di Hari Raya yang mulia ini kita seharusnya dapat menginsafi tentang diri kita yang serba lemah dan kekurangan. Kita harus bersyukur di atas segala rahmat dan nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita hendaklah membuktikan kemenangan kita setelah melalui sebulan Ramadan dengan menjadi manusia yang insaf, baik dan berguna kepada diri sendiri, kepada keluarga dan sahabat, dan kepada masyarakat dan negara Malaysia.

Bagi mahasiswa yang tidak pulang menyambut Aidil Fitri bersama keluarga, jadikan pengalaman menyambut Aidil Fitri di kampus sebagai satu dari pengalaman yang terindah. Semoga kita turut merasakan kemeriahan Aidil Fitri walaupun berjauhan dengan keluarga.

Pada Hari Raya nanti akan diadakan sambutan Hari Raya di Pusat Islam yang di anjurkan oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa dengan kerjasama Kolej Sri Rajang danPusat Islam UPMKB. Sehubungan dengan itu anda semua (warga Kolej Sri Rajang )dijemput kemajlis tersebut.

Kepada warga yang bukan Islam di kampus ini, saya menjemput anda bersama-sama bergembira pada Hari Raya Aidil Fitri. Malaysia yang berbilang kaum memerlukan perhubungan yang baik di antara kaum supaya semua dapat mengecap nikmat dari kestabilan dan kemakmuran negara ini. Hari Raya merupakan satu peluang terbaik bagi orang Islam dan bukan Islam menjalinkan perhubungan yang mengekalkan Malaysia di dalam aman dan makmur.

Dengan kesempatan ini saya mewakili seluruh ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sri Rajang sesi 2008/2009 memohon maaf atas kekurangan dan kesilapan yang kami lakukan sepanjang tempoh kami berkhidmat. Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

“SALAM LEBARAN”


MOHD QAYYUM BIN ABD LATIF

PRESIDEN,

MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA 2008/2009

KOLEJ SRI RAJANG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU

0

...SaLaM LeBaRaN...

KAMI, AHLI MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA SESI 2008/2009, KOLEJ SRI RAJANG, UPMKB MENGUCAPKAN

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

KEPADA SEMUA WARGA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU. SEMOGA AIDILFITRI KALI INI MEMBAWA KERAHMATAN DAN KEBAHAGIAAN DARIPADA ALLAH S.W.T. KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA SALAH DAN SILAP KAMI DALAM MENJALANKAN TUGAS KAMI SEPANJANG SESI 2008/2009.

"MAAF ZAHIR DAN BATIN"





Monday, September 14, 2009

0

..PaNDuaN KeSeLaMaTaN Di HaRi RaYa aIDiLFiTRi..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

Rakan-rakanku sekalian..bulan ramadhan al-mubarak kian menutup tirainya…Kini Bulan Syawal pula yang bakal tiba.. Segala persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri mungkin sedang rancak berlangsung tak kira dimana pun.. Ader gak sahabat-sahabat kita yang tengah bersiap-siap nak pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga…

Di kesempatan ini, saya ingin mengingatkan semua warga kolej agar menyambut Aidilfitri ini dengan sebaik yang mungkin..part yang saya nak tekankan adalah KESELAMATAN ... kalau kita bace surat khabar ke, kat mane-mane ke seringkali kita lihat bile tiba hari raya, statistik kemalangan mesti meningkat..tak kire la kt jalan mane pun..mesti terjadi musibah sedemikian… Saban tahun, OPS SIKAP dijalankan oleh pihak berkuasa bagi menangani permasalahan ini.. tapi mengapa la sume ni terjadi?? Dimana salahnye??? Jalan tue ke ataupun sikap pengguna jalanraya?? So, bagi diri saye..dua-dua mungkin menjadi faktor terhadap berlakunya kemalangan..faktor persekitaran dan faktor pengguna jalanraya itu sendiri… factor persekitaran mungkin disebabkan keadaan jalan tersebut..berlubang, licin dan sebagainya..tapi faktor utama yang menyumbang kepada statistik kemalangan jalanraya adalah PENGGUNA itu sendiri (fikir-fikirkan lah yerkk)….. jadi, dalam ruangan kali ini, saya nak kongsi la beberapa petua ataupun tips untuk semua warga kolej kite ni..tapi saya harap petua-petua ni kite dapat amalkan bukan sahaja di musim perayaan ini tapi untuk amalan harian…boleh tak???? Ni saya ambil dari JKJR (Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya)..saya tidak berani nak buat STATEMENT sendiri pasal keselamatan jalanraya dan fakta-fakta lain...nanti kalau anda amalkan apa yang saya cakapkan dan anda mendapat kecelakaan, saya takut saya pula yang dipersalahkan.. So, kepada warga Kolej Sri Rajang yang Dihormati dan Disanjungi, lebih baik kita membaca fakta-fakta daripada sumber yang kita boleh percayai…

8 Petua Keselamatan Jalan Raya ialah :

  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda. (Kalau sedang memandu, berehat sebentar bersama secawan kopi k!!!)
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. (Jangan melebihi had dan jangan merempit!!!)
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.(jangan main masuk je!!!)
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

So, akhir kata dari saya, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI bersama yang tersayang dan BERHATI-HATI SEMASA MAMANDU DAN MEMBONCENG...INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG….

p/s

1) BACALAH FAKTA-FAKTA YANG BOLEH DIPERCAYAI DAN BERKONGSI DENGAN SEMUA ORANG…

2) Kepada Warga Kolej Sri Rajang yang Tidak Pulang Ke Kampung Untuk Berhari Raya, Majlis Tertinggi Mahasiswa Dengan Kerjasama Kolej Sri Rajang akan mengadakan “Sambutan Hari Raya UPMKB” Bertempat di Pusat Islam…Jom Datanglah Beramai-Ramai..Anda Dijemput Hadir bagi Memeriahkan lagi Majlis Tersebut.

3) Yang pulang Berhari raya tue, jangan lupe bawa kuih raya untuk kawan-kawan disini

Friday, August 21, 2009

0

...KeIsTiMeWaaN BuLaN RaMaDHaN AL-MuBaRaK...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Wahai rakan-rakanku, sahabat-sahabat seagama denganku, setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun. Ini disebabkan Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal akan kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini. Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan.”

Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu:

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pelangalam yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukum, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Membanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang tamak haloba. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur.

Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t. Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:

“Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.”

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasaie daripada Abi Khurairah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka.

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda yang bermaksud:

“Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.”

Terkadang-kadang Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud:

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik."

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

1. Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya.

Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan mental.

Thursday, August 20, 2009

0

....RaMaDHaN aL-MuBaRaK....