Wednesday, September 16, 2009

PeRuTusaN HaRi RaYa AiDiLFiTRi 2009

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM….

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saudara-saudari Muslimin-muslimat warga Kolej Sri Rajang yang dihormati sekalian,

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang mulia. Bagi umat Islam, Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan dan kegembiraan bagi umat Islam di seluruh pelusuk dunia.

Di Hari Raya yang mulia ini kita seharusnya dapat menginsafi tentang diri kita yang serba lemah dan kekurangan. Kita harus bersyukur di atas segala rahmat dan nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita hendaklah membuktikan kemenangan kita setelah melalui sebulan Ramadan dengan menjadi manusia yang insaf, baik dan berguna kepada diri sendiri, kepada keluarga dan sahabat, dan kepada masyarakat dan negara Malaysia.

Bagi mahasiswa yang tidak pulang menyambut Aidil Fitri bersama keluarga, jadikan pengalaman menyambut Aidil Fitri di kampus sebagai satu dari pengalaman yang terindah. Semoga kita turut merasakan kemeriahan Aidil Fitri walaupun berjauhan dengan keluarga.

Pada Hari Raya nanti akan diadakan sambutan Hari Raya di Pusat Islam yang di anjurkan oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa dengan kerjasama Kolej Sri Rajang danPusat Islam UPMKB. Sehubungan dengan itu anda semua (warga Kolej Sri Rajang )dijemput kemajlis tersebut.

Kepada warga yang bukan Islam di kampus ini, saya menjemput anda bersama-sama bergembira pada Hari Raya Aidil Fitri. Malaysia yang berbilang kaum memerlukan perhubungan yang baik di antara kaum supaya semua dapat mengecap nikmat dari kestabilan dan kemakmuran negara ini. Hari Raya merupakan satu peluang terbaik bagi orang Islam dan bukan Islam menjalinkan perhubungan yang mengekalkan Malaysia di dalam aman dan makmur.

Dengan kesempatan ini saya mewakili seluruh ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sri Rajang sesi 2008/2009 memohon maaf atas kekurangan dan kesilapan yang kami lakukan sepanjang tempoh kami berkhidmat. Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

“SALAM LEBARAN”


MOHD QAYYUM BIN ABD LATIF

PRESIDEN,

MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA 2008/2009

KOLEJ SRI RAJANG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU

2 comments:

Anonymous said...

Salam Qayyum..selamat Hari Raya AIdilfitri. Semoga amalan kita semua diterima. Dan selamat berjaya mengatur program di UPMKBS ni..

Anonymous said...

Salam Qayyum..selamat Hari Raya AIdilfitri. Semoga amalan kita semua diterima. Dan selamat berjaya mengatur program di UPMKBS ni..