Tuesday, July 28, 2009

Influenza H1N1: 4 Orang Pelajar UPM Disahkan Positif

KUALA LUMPUR 28 Julai - Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Serdang hari ini mengesahkan empat orang pelajarnya didapati menghidap virus selsema babi atau influenza A (H1N1).

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan simptom penularan wabak tersebut bermula 20 Julai sehingga semalam.

“Sebanyak 444 orang pelajar telah menjalani pemeriksaan dokor dan daripada beberapa sampel yang diambil Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), empat orang disahkan positif,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, UPM akan mempercepatkan cuti pertengahan semester sesi 2009/2010 selama seminggu bermula esok sebagai langkah mencegah penularan wabak tersebut.

Katanya, cuti pertengahan semester selama tujuh hari yang sepatutnya bermula 17 Ogos ini diawalkan kepada 29 Julai sehingga 4 Ogos.

Oleh itu, jelasnya, semua aktiviti akademik dan aktiviti-aktiviti lain dalam universiti yang dijadualkan dalam tempoh tersebut dibatalkan. - Utusan Malaysia

SeNyum BuaYa: MuDaHaN KaMPuS BiNTuLu tiaDa KeS jaNgKiTaN H1N1 ni!!!

0 comments: