1) APAKAH MAKSUD JEREBU??
JEREBU IALAH SATU FENOMENA YANG DISEBABKAN OLEH KEWUJUDAN BANYAK PARTIKEL-PARTIKEL KECIL YANG TIDAK BOLEH DILIHAT OLEH MATA KASAR DAN TERAPUNG-APUNG DI UDARA. PARTIKEL-PARTIKEL INI MUNGKIN BERASAL SECARA SEMULAJADI ATAUPUN KESAN SAMPINGAN DARIPADA AKTIVITI-AKTIVITI MANUSIA. APABILA PARTIKEL-PARTIKEL INI WUJUD DALAM KUANTITI YANG BANYAK DAN BERKELOMPOK, IA MENYEKAT PANCARAN CAHAYA MATAHARI KE BUMI. OLEH YANG DEMIKIAN, KEADAAN INI MENGURANGKAN JARAK PANDANGAN MATA KASAR.
2) PUNCA-PUNCA JEREBU:-
· PEMBAKARAN TERBUKA
· ASAP DARI KILANG
· ASAP DARI KENDERAAN
3) ANTARA GAS BERBAHAYA YANG TERKANDUNG DALAM JEREBU:-
- SULFUR DIOKSIDA
- KARBON MONOKSIDA
- NITROGEN DIOKSIDA
- BAHAN PENGOKSIDAAN (OZON)
- LOGAM BERAT SEPERTI PLUMBUM
4) SIAPAKAH YANG BERISIKO UNTUK MENDAPAT PENYAKIT AKIBAT JEREBU?
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu:
a) Kanak-kanak
b) Orang Tua
c) Mereka yang mengalami penyakit ASMA, BRONKITIS, ALAHAN, RADANG PARU-PARU, PENYAKIT JANTUNG
d) PARA PEROKOK!!!!
e) Mereka yang selalu malakukan aktiviti LUAR RUMAH!!!!
5) TANDA & GEJALA KESAN JEREBU KEPADA KESIHATAN:-
a) Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
b) Mata terasa PEDIH dan BERAIR
c) Hidung BERAIR, GATAL & KERAP BERSIN
d) KULIT BADAN terasa GATAL-GATAL
e) Mengalami KESUKARAN BERNAFAS atau SESAK NAFAS
6) UNTUK MENCEGAH DARI BERLAKUNYA JANGKITAN PENYAKIT AKIBAT JEREBU, IKUTILAH NASIHAT BERIKUT:
a) Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
b) Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan
c) Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh warga yang menunggang motosikal ,pelajar yang menaiki bas dan pejalan kaki khususnya.
d) KURANGKAN AKTIVITI LUAR BANGUNAN / PEJABAT / KOLEJ / RUMAH.
e) Warga UPMKB dinasihatkan agar SENTIASA MEMBASUH MUKA & BAHAGIAN KULIT YANG TERDEDAH KEPADA JEREBU DENGAN AIR YANG BERSIH.
f) Sentiasa MEMINUM AIR YANG BANYAK.
Langkah-langkah ini tidak bererti sama sekali selagi kita sebagai MAHASISWA tidak bersungguh-sungguh memainkan peranan kita dalam membantu meredakan keadaan. Apa yang jelas daripada nasihat-nasihat dan panduan seperti di atas adalah hakikat bahawa langkah -langkah yang ada untuk menghadapi masalah persekitaran seumpama ini amatlah terhad sekali. Kesudahannya kita akan terpaksa berpindah apabila keadaan menjadi semakin buruk. Soalnya kita akan berpindah ke mana seandainya seluruh negara ditelani jerebu. Oleh itu kini bolehlah diinsafi bahawa kita sebenarnya sedang meracuni diri sendiri apabila alam sekitar kita dicemari sama ada dengan sengaja atau tidak.
0 comments:
Post a Comment